PES MEE BANDUNG MAK PON

PES MEE BANDUNG MAK PON

Tuesday, July 14, 2015

Whiskas National Cat of the Year






 

Serlahkan bulu Si Comel anda yang gebu untuk memenangi wang tunai berjumlah RM25,000! Kirimkan gambar Si Comel anda dan menangi juga bekalan produk Whiskas selama setahun!

Si Bulus anda cute? join kat SINI kot2 menang. GUD LUCK!! 

Thursday, September 4, 2014

Episod terakhir kisah Doraemon


Doraemon adalah sebuah manga Jepun popular yang dikarang oleh Fujiko F. Fujio (nama asal Hiroshi Fujimoto) pada tahun 1970 dan berkisah tentang sebuah robot berbentuk kucing yang datang dari abad ke-22, Doraemon. Dia dihantar ke zaman sekarang untuk menolong Nobita, seorang budak yang pemalas, agar keturunan Nobita dapat menikmati kejayaannya daripada terus menderita dari segi kewangan & hutang yang bakal terjadi di masa depan yang disebabkan oleh kejahilan Nobita.

Kebanyakan cerita-cerita Doraemon berunsurkan komedi dan nilai-nilai murni seperti kejujuran, ketabahan, dan kehormatan. Pelbagai isu-isu alam sekitar juga sering dikisahkan, ini termasuk pemanasan global, kepupusan haiwan dan habitat, penebangan hutan, dan pencemaran alam. Topik-topik pendidikan seperti dinosaur, teori bumi rata, sejarah Jepun juga sering diceritakan.

Cerita Doraemon julung kalinya muncul pada Disember 1969 dan diterbitkan dalam enam majalah yang berlainan secara serentak. Sejumlah 1,344 cerita asal telah direka selama ini, yang diterbit oleh syarikat Shogakukan di bawah jenama komik Tentōmushi (kumbang kura-kura) yang menjangkau 45 jilid. Cerita-cerita tersebut dikumpul dan disimpan dalam Perpustakaan Pusat Takaoka di bandar Toyama, Jepun yang merupakan tempat kelahiran Fujiko.


Doraemon pernah dianugerahkan hadiah utama Anugerah Kebudayaan Tezuka Osamu pada tahun 1997.Setelah lama wujud di dunia komik dan animasi, Doraemon merupakan salah satu watak animasi yang popular bukan sahaja di Jepun dan Malaysia, bahkan juga di negara-negara Asia dan Eropah. Doraemon merupakan salah satu manga terlaris dunia setelah lebih 100 juta salinan terjual.




 
 
 
 
 
 



(Penghujung tahun 2014 filem terakhir Doraemon akan ditayangkan)

DORAEMON - "STAND BY ME" in 3D




Wednesday, July 23, 2014

Lelaki HANDSOME vs Lelaki TAK HANDSOME



Kalau lelaki HANDSOME pendiam
Perempuan akan cakap: sumpah cool giler..
Kalau lelaki TAK HANDSOME pendiam
Perempuan akan cakap: eleh perasan bagus letew..


Kalau lelaki HANDSOME buat jahat
Perempuan akan kata: nobody is perfect kan?
Kalau lelaki TAK HANDSOME berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang!! sesuai la muka pun pecah rumah!


Kalau lelaki HANDSOME buat miskol?
Perempuan akan kata: sweet nyerrrrr! rindu la tu..
Kalau lelaki TAK HANDSOME buat miskol?
Perempuan akan kata: dasar lelaki miang


Kalau lelaki HANDSOME menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah machonya. macam hero filem Tamil!
Kalau lelaki TAK HANDSOME menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia kotttt.


Kalau lelaki HANDSOME dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat, secocok..
Kalau lelaki TAK HANDSOME dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!


Kalau lelaki HANDSOME ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih-sedih kan saya ada..
Kalau lelaki TAK HANDSOME ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: terdiam. (cakap dlm hati - patutlah pun, tengok saja luarannya)
 

Kalau lelaki HANDSOME menyayangi binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus, penuh kasih sayang. I like!!
Kalau lelaki TAK HANDSOME menyayangi binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga harus saling menyayangi. 


Kalau lelaki HANDSOME pakai BMW
Perempuan akan cakap: walaweh, anak org kaya tu PERFECT!!
Kalau lelaki TAK HANDSOME pakai BMW
Perempuan akan cakap: berangan, kereta sewa la tu.


Kalau lelaki HANDSOME tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: mst takut kot-kot gambarnya tersebar
Kalau lelaki TAK HANDSOME tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?


Kalau lelaki HANDSOME menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: wahhhhh gentlemen nyeeeeeeer!!
Kalau lelaki TAK HANDSOME menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu.


Kalau lelaki HANDSOME dalam kesedihan
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on ok?
Kalau lelaki TAK HANDSOME dalam kesedihan
Perempuan akan kata: eh kememeh!! lelaki ke bukan ni?


Kalau lelaki HANDSOME ditinggal kekasih?
Perempuan akan kata: bodoh sgt perempuan tu, dh ada BF perfect xnk pulak!!
Kalau lelaki TAK HANDSOME ditinggal kekasih?
Perempuan akan kata: patut ler pun kena reject!!


Kalau lelaki HANDSOME buat messy hair style?
Perempuan akan kata: serius macho, dup dap dup dap iman
Kalau lelaki TAK HANDSOME buat messy hair style?
Perempuan akan kata: eeeeeee mst berkutu!!