PES MEE BANDUNG MAK PON

PES MEE BANDUNG MAK PON

Saturday, February 8, 2014

Program Bantuan Baucar Kerja 1 Malaysia (RM35 sehari)


Sebuah lagi program oleh kerajaan untuk meringankan beban rakyat terutama di kawasan bandar iaitu Program Bantuan Baucar Kerja 1 Malaysia dimana penerima bantuan ini layak menerima RM35 sehari yang diselia oleh Kementerian Sumber Manusia.


Info mengenai PBBK1M

Program Baucar Kerja RM35 sehari ini mensasarkan golongan yang bekerja di kawasan bandar & berpendapatan kurang daripada RM3000 dan individu yang tidak bekerja.

Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari boleh dituntut setiap hari atau pun pada setiap hujung bulan, bergantung kepada keperluan individu tersebut

Kepada yang berminat untuk daftar permohonan bantuan baucar kerja RM35 sehari ini harus mendapatkan pekerjaan sambilan sekurang-kurangnya bagi melayakkan mereka mendapat bantuan ini.

Golongan terpinggir seperti bekas banduan, bekas penagih dadah, warga emas, golongan kurang upaya, Orang Asli dan pelajar keciciran turut akan diberikan pertimbangan untuk kelulusan.

Individu yang layak akan DIHUBUNGI secara terus.



Semakan penerima PBBK1M

Sila semak sama ada dapat ke tidak ~ DI SINI ~


Bagi yang LAYAK sila kemaskini profil data anda jika mahu menerima baucar ini ~ DI SINI ~



Cara manual pendaftaran PBBK1M

Individu yang ingin mendaftar ekasih boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Persekutuan (JPP/PPPN), Focus Group Negeri atau Focus Group Daerah.

Bagi agensi di peringkat negeri, ID pendaftaran eKasih boleh dipohon melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Negeri (JPP/PPPN), manakala agensi diperingkat persekutuan, boleh memohon terus dengan Ibu Pejabat ICU JPM.
 
 
Segala pertanyaan & kemusykilan sila hubungi CALL CENTRE ICU JPM ditalian 03-88726565.