Doraemon adalah sebuah manga Jepun popular yang dikarang oleh Fujiko F. Fujio (nama asal Hiroshi Fujimoto) pada tahun 1970 dan berkisah tentang sebuah robot berbentuk kucing yang datang dari abad ke-22, Doraemon. Dia dihantar ke zaman sekarang untuk menolong Nobita,
seorang budak yang pemalas, agar keturunan Nobita dapat menikmati
kejayaannya daripada terus menderita dari segi kewangan & hutang yang bakal
terjadi di masa depan yang disebabkan oleh kejahilan Nobita.
Kebanyakan cerita-cerita Doraemon berunsurkan komedi dan nilai-nilai
murni seperti kejujuran, ketabahan, dan kehormatan. Pelbagai isu-isu
alam sekitar juga sering dikisahkan, ini termasuk pemanasan global,
kepupusan haiwan dan habitat, penebangan hutan, dan pencemaran alam.
Topik-topik pendidikan seperti dinosaur, teori bumi rata, sejarah Jepun
juga sering diceritakan.
Cerita Doraemon julung kalinya muncul pada Disember 1969 dan diterbitkan dalam enam majalah yang berlainan secara serentak.
Sejumlah 1,344 cerita asal telah direka selama ini, yang diterbit oleh
syarikat Shogakukan di bawah jenama komik TentÅmushi
(kumbang kura-kura) yang menjangkau 45 jilid. Cerita-cerita tersebut
dikumpul dan disimpan dalam Perpustakaan Pusat Takaoka di bandar Toyama, Jepun yang merupakan tempat kelahiran Fujiko.
Doraemon pernah dianugerahkan hadiah utama Anugerah Kebudayaan Tezuka Osamu pada tahun 1997.Setelah lama wujud di dunia komik dan animasi, Doraemon merupakan
salah satu watak animasi yang popular bukan sahaja di Jepun dan
Malaysia, bahkan juga di negara-negara Asia dan Eropah. Doraemon
merupakan salah satu manga terlaris dunia setelah lebih 100 juta salinan
terjual.
(Penghujung tahun 2014 filem terakhir Doraemon akan ditayangkan)
DORAEMON - "STAND BY ME" in 3D