PES MEE BANDUNG MAK PON

PES MEE BANDUNG MAK PON

Thursday, July 17, 2014

PESAWAT MAS MH17 DITEMBAK JATUH DI UKRAINE



Pesawat MH17 yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terbang di ruang udara yang diakui selamat mengikut Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, pesawat berkenaan meninggalkan Amsterdam pada jam 12.15 tengah hari waktu tempatan itu dilaporkan tidak membuat sebarang panggilan kecemasan. 

"Laluan MH17 itu disahkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan ia sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.10 pagi waktu Malaysia,"


****************************************************************************************************************************************

Apa yang sebenarnya yang terjadi ke atas pesawat malang MH17? Bermacam-macam spekulasi yang dibuat oleh "professor keyboard" kat Malaysia ni. Desas-desus kuat mengatakan bahawa MH17 telah ditembak jatuh dan terhempas di Ukraine.


 (Buk surface-to-air missile system inilah yang telah menembak jatuh MH17 dimana ketinggian tembakan mampu mencapai 22,000 meter/ 72,000 kaki ke udara)


(Suspek utama, Igor Girkin (centre), Commander and self-proclaimed Minister of Defence of so the called 'Donetsk People's Republic' in eastern Ukraine - According to the technology site Mashable, Igor Girkin wrote on his VK, Russia's version of Facebook, "We did warn you - do not fly in our sky")

Kenapa MH17 ditembak? Ia sebenarnya mensasarkan pesawat yang dinaiki Presiden Russia, Vladimir Putin dimana pesawat tersebut mempunyai jalur yang kelihatan hampir sama dengan pesawat MAS MH17. Maksud tersiratnya adalah pesawat MH17 telah tersalah tembak!! Namun kedua-dua pihak, Russia mahupun Ukraine tidak mengaku bertanggungjawab dan menuding jari antara satu sama lain.



Salah seorang penumpang, Cor Pan telah membuat caption dalam nada gurauan - 'If it disappears, this is what it looks like' (rujuk gambar di bawah) sejurus selepas pesawat MH17 berlepas dari Lapangan Terbang Amsterdam's Schiphol.

 (Inilah gambar terakhir MH17 yang dirakam menggunakan kamera telefon milik Cor Pan)

 (Cor Pan)

Namun gurauan tersebut menjadi kenyataan (mulut masin sgt) apabila MH17 telah terhempas di Ukraine dan telah mengorbankan 298 orang penumpang & anak-anak kapal MAS.

(Senarai nama krew MAS yang berada dalam pesawat MH17)

(salah seorang crew cabin MH17 - Azrina)

(Rakaman video terakhir salah seorang mangsa/penumpang di dalam pesawat MH17, Md Ali Md Salim, 30 sebelum pesawat berlepas)


Berikut adalah gamba PALSU paling banyak orang share di laman sosial & laman-laman sesawang masa ini. Pihak tidak bertanggungjawab telah meng-edit gambar asal ini kepada gambar fake seolah-olah ia adalah MH17.



Berikut adalah gambar-gambar sebenar MH17 yang telah terhempas di Ukraine.



















Berikut adalah rakaman video asal saksi semasa MH17 terhempas.


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpendapat kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 perlu diserahkan terus kepada Malaysia tanpa disentuh oleh mana-mana pihak.


Pihak MAS telah menyenaraikan jumlah penumpang dan anak kapal mengikut warganegara iaitu 

Belanda - (154)
Malaysia - (43 termasuk 15 anak kapal dan dua bayi)
Australia - (27)
Indonesia - (12 termasuk seorang bayi)
United Kingdom - (9)
Jerman - (4)
Belgium - (4)
Filipina - (3)
Kanada -  (1)
dan yang tidak disahkan - (41)

Anggota keluarga penumpang dan anak kapal boleh menghubungi talian di bawah untuk sebarang perkembangan mengenai MH17


+60378841234 (Malaysia) atau +31703487770 (Netherlands).








Friday, March 21, 2014

TOP 5 laungan Azan terbaik & termerdu di dunia!!


Assalamualaikum, perghhhh dh bersawang blog aku ni..haha!! bz la nk update entri baru (eh, keje gomen busy ke? "busy" la sgtttttttt..kah kah kah!!). Ok la, xmo membebel panjang sgt so entri arini just nk share some of the the BEST laungan Azan di dunia mengikut kata hati aku la (pilihan sendiri). So jom kita tgk one by one video cilok dr YouTube - TOP 5 the best Azan in the world.



No. 5




No. 4




No. 3




No. 2



No. 1


PS: Tersentuh hati mendengar laungan Azan tadi kan? Sesiapa yg rasa pilu, sebak, terkesima & menitiskan air mata kerana mendengar seruan azan tadi, percayalah hati anda masih lembut utk bertaubat jika merasakan diri kita terlalu banyak dosa yang kita lakukan sejak dulu hingga saat ini. Peringatan utk diri sendiri jgk sebenarnya so marilah kita sama-sama berusaha menjadi yang terbaik & seorang Muslim yang taat pada perintah Allah Yang Maha Esa, kemudian kita terus-menerus berdoa tanpa henti dan jemu serta tawakkal kepada-Nya & InsyaAllah segala doa kita akan dimakbulkan Allah kelak. Amin.

Saturday, February 8, 2014

Program Bantuan Baucar Kerja 1 Malaysia (RM35 sehari)


Sebuah lagi program oleh kerajaan untuk meringankan beban rakyat terutama di kawasan bandar iaitu Program Bantuan Baucar Kerja 1 Malaysia dimana penerima bantuan ini layak menerima RM35 sehari yang diselia oleh Kementerian Sumber Manusia.


Info mengenai PBBK1M

Program Baucar Kerja RM35 sehari ini mensasarkan golongan yang bekerja di kawasan bandar & berpendapatan kurang daripada RM3000 dan individu yang tidak bekerja.

Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari boleh dituntut setiap hari atau pun pada setiap hujung bulan, bergantung kepada keperluan individu tersebut

Kepada yang berminat untuk daftar permohonan bantuan baucar kerja RM35 sehari ini harus mendapatkan pekerjaan sambilan sekurang-kurangnya bagi melayakkan mereka mendapat bantuan ini.

Golongan terpinggir seperti bekas banduan, bekas penagih dadah, warga emas, golongan kurang upaya, Orang Asli dan pelajar keciciran turut akan diberikan pertimbangan untuk kelulusan.

Individu yang layak akan DIHUBUNGI secara terus.



Semakan penerima PBBK1M

Sila semak sama ada dapat ke tidak ~ DI SINI ~


Bagi yang LAYAK sila kemaskini profil data anda jika mahu menerima baucar ini ~ DI SINI ~



Cara manual pendaftaran PBBK1M

Individu yang ingin mendaftar ekasih boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Persekutuan (JPP/PPPN), Focus Group Negeri atau Focus Group Daerah.

Bagi agensi di peringkat negeri, ID pendaftaran eKasih boleh dipohon melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Negeri (JPP/PPPN), manakala agensi diperingkat persekutuan, boleh memohon terus dengan Ibu Pejabat ICU JPM.
 
 
Segala pertanyaan & kemusykilan sila hubungi CALL CENTRE ICU JPM ditalian 03-88726565.