PES MEE BANDUNG MAK PON

PES MEE BANDUNG MAK PON

Wednesday, January 15, 2014

RESEPI - Mee Bandung (Fast & Furious)

Assalamualaikum, arini aku tetiba rasa mcm nk masak Mee Bandung for my dinner. Dah lama xmakan so tetiba rasa mengidam lak kalah org ngandong hehe!! Arini aku just nk share resepi nk buat Mee Bandung menggunakan pes Mee Bandung Mak Pon. Jujur mmg sedap sehingga bekas Menteri Besar Johor, Ghani Othman pun suka beli & mkn Mee Bandung brand Mak Pon. Keluaran 100% Bumiputera & dijamin Halal serta dibuat & dibungkus terus dari kilang kecil yang berada di Muar, Jalan Junid.

Sebab apa aku kata Fast & Furious? Well, pes ni TAK perlu ditumis!! easy right? Tersangat la cepat & mudah utk disediakan serta mengancam sampai terjongket-jongket bontot makan kesedapan melampau haha!! Jom kita tgk cara penyediaan utk membuat Mee Bandung ni OK?




BAHAN A: KUAH

a) 1 PAKET PES MEE BANDUNG MAK PON
b) 2 BUNGKUS MEE KUNING


c) 10 EKOR UDANG SAIZ SEDERHANA/KECIL


d) 3-4 BIJI TELUR


e) DAGING (kuantiti mengikut kehendak & citarasa anda)
f) SAYUR SAWI



g) GARAM & AJINOMOTO



BAHAN B: HIASAN

a) DAUN BAWANG


b) 2 BIJI CILI BASAH (MERAH)
c) 5-6 BIJI CILI PADI (HIJAU)



d) BAWANG GORENG




CARA-CARA PENYEDIAAN:

1) Jika ingin menggunakan daging, rebus daging sehingga empuk dan potong kecil mengikut saiz yang anda inginkan.

2) Jika tidak menggunakan daging pun tidak mengapa kerana pes Mee Bandung Mak Pon telah cukup segala rasa manis & pedas etc.

3) Panaskan air di dalam periuk terlebih dahulu. Jangan menggunakan terlalu banyak air sbb jika air kurang boleh ditambah kemudian. Setelah air mendidih masukkan sepaket pes Mee Bandung Mak Pon ke dalam air didihan tersebut. Kacau sehingga sekata. Masuk pes sedikit demi sedikit utk mengawal kepekatan kuah. Jika rasa cair masukkan lagi pes Mee Bandung sehingga mencapai tahap kepekatan yang anda inginkan.

4) Masukkan daging ke dalam kuah setelah kuah menggelegak (jika ada daging), jika tidak masukkan telur ke dalam kuah & JANGAN KACAU kuah utk mengelakkan telur menjadi hancur di dalam kuah tersebut. Biarkan telur masak terlebih dahulu & kemudian bolehlah dimasukkan udang.

5) Selang beberapa minit setelah telur masak, bolehlah kacau perlahan-lahan kuah tersebut & masukkan garam & ajinomoto (jika mahu) ke dalam kuah & rasa sehingga mencapai tahap citarasa yang anda inginkan.

6) Tutupkan api & bolehlah masukkan sayur sawi & biarkan sawi masak sendiri di dalam kuah yang masih panas tersebut. Jika api masih dibuka dikhuatiri sawi akan terlampau lembik.

7) Setelah itu, celur sebentar mee kuning tersebut di dalam air panas/rebusan bagi menghilangkan rasa kapur yang ada pada mee kuning tersebut.

8) Setelah itu hidangkan mee kuning & taburkan segala bahan2 hiasan seperti daun bawang, cili merah, cili padi & bawang goreng mengikut kehendak anda. SELAMAT MENJAMU SELERA!! c u later guys!!


(Jika ingin menempah pes Mee Bandung Mak Pon
 sila hubungi nombor telefon yang tertera dalam iklan di atas)


2 comments:

  1. @Shidotte92 hehe..bkn ssh pun sbb guna pes mak pon je..tp rasa mmg daebak!!

    ReplyDelete