PES MEE BANDUNG MAK PON

PES MEE BANDUNG MAK PON

Thursday, December 19, 2013

Mandi bunga buang suweiiii

Assalamualaikum, hari ni mmg aku xnk ckp bnyk so nak terus je citer one by one setiap hal malang yang jadi kat aku arini. suweiiiii sgt dowh. mandi bunga satu tempayan baru ilang suwei kot? eh khurafat!!


1) Ofis

Kat ofis selalunya before abes ofis hour aku dh settlekan semua keje2 aku. ptg td menggunung pulak keje yg tak sempat nk buat. mata lak tetiba rasa ngantok tahap dewa pastu bole pulak terlelap. siap ada pakej bunyi dengkuran lg smpi ramai ofismate dgr dengkuran maut aku tu. dah ler tu siap ternganga mulot lagi. kaw rasa? arghhhhhhh malu!!


2) Parking lot

Minggu ni dari Isnin - Khamis aku dpt park kete kat underground parking lot. masa 4 hari dpt park kete undergorund mmg langit memanjang je cerah siap panas terik lg. bila terpaksa park kete kat open-space parking lot sbb xde tempat kosong lg bole pulak hujan turun mencurah2 time aku nk blk keje ptg td!! basah lokos satu badan & abes kecut semua benda!! arghhhhhh stress!! (bukan merungut nikmat Allah turunkan hujan cuma nk luah perasaan je. eh tetiba?).



3) Bersiap

Mlm ni (19/12/2013) mmg dh beli tiket awal2 kat GSC nk tgk movie Walking With The Dinosours. so nk jadikan citer aku mandi la awal ckit konon2 nk dtg awal kat GSC Alamanda tapi masa tu la kena "BAD HAIR DAY!!" serba xkena je aku rasa rambut aku ni. rambut gatal terpacak sana-sini la. rambut tak centre la, rambut penyek sebelah la, rambut terlebih spray smpi keras cam batu la & rambut serabai la bla bla bla. last2 almost SATU JAM baru settle main tang rambut je!! arghhhhh meroyan!!



4) Lalat

Masa kat lobi GSC Alamanda aku tgu la kat dpn entrance sementara nk tgu movie Walking With The Dinosours tu start kol 10 pm. masa tu dan dan la ada sekor lalat hawau tgh syok terbang depan muka aku. busuk sgt ke apa aku ni? walawehhhh!! dah ler bad mood sbb hal rambut td pastu dtg Alamanda bole pulak sekor lalat durjana ni follow aku sana-sini. ikut la org lain!! arghhhhhhhh vunguks betol diri mu lalat!!



5) Hall 1

Sementara tgu hall 1 open, ktorg kunyah la ckit2 pop-corn & 15 ketol chicken ball. tgu punya tgu tgk jam dh lebih kol 10 pm dh ni. usha tiket mmg patot nyer kol 10 dh masuk. saba lagi tgu la smpi kol 10.15 pm. xtahan pergi je masuk  main entrance tanya bila hall 1 nk bukak ni? staff GSC kata "pergi kaunter 6 utk REFUND!!" what?!! asal xbgtau awal2 je td?!! ktorg dok terpacak mcm tunggul kayu je td mmg xde motif la kaedahnya?!! reason refund sbb air-cond dlm hall 1 tak berfungsi!! ingatkan dpt la tiket complimentary sbb nk amik ati or say sori kat customer tapi hampeh TAK dpt!! nate mu GSC!! mampus keras mu!! (tetiba jd kelantanese. ko rasa?!!) pastu pop-corn ni buat apa? mkn dpn TV sambil tgk Astro kat umah jela? hek eleh, membazir je beli konon nk feeling2 mkn pop-corn sambil tgk movie. arghhhhhhhhh al-syaiton nirrojim betulllllllllllll!!


(tetiba je kan pic ni? actually pas tension kat GSC 
ktorg plan nk g karok je tp sbb hati dah panas terus je menonong blk umah)


PS: serius mmg malang tahap gaban aku arini. mandi bunga buang suweiiii baru tau!! eh, khurafat!! haha.. sakit ati aku bhai. k la, dh stress skrang ni so nk masuk tido. gud nite semua!! tarik selimut benam muka dlm bantal kekabu yang empuk pastu ZzZzZzZzZzZz..


Wednesday, December 18, 2013

RESEPI TERUNA - Siakap 4 rasa


( NOTA - kenapa 4 rasa? sbb ada tambahan rasa KASIH SAYANG di dalam masakan aku. haha!! aneway, ada sesetengah orang yang menggunakan nanas yang dah siap ditinkan untuk dicampur ke dalam kuah resepi ni tapi aku prefer menggunakan nanas asal yang dipotong sendiri. jika menggunakan nanas di dalam tin, air gula nanas boleh digunakan untuk mencairkan sedikit kuah. jika tidak, guna air biasa pun memadai)

(Hidangan untuk 3-4 orang)



BAHAN A (KUAH)

a) 2-3 biji bawang holland/kuning @ bawang besar/bombay
b) 3 ulas bawang putih
c) Sebiji nanas madu @ nanas biasa (telah masak)
d) 4 helai daun limau purut
e) 2 biji tomato saiz sederhana
f)  2 batang serai
g) 5 biji cili padi merah/hijau
h) Sos thai
i)  Sos tomato
j)  Minyak ikan
k) Minyak masak
l)  Garam
m) Ajinomoto (jika mahu)


BAHAN B (MENGGORENG)

a) Ikan siakap saiz sederhana
b) Tepung jagung
c) Pasti Sedap Knor sahaja!! (serbuk perasa)


BAHAN C (HIASAN)

a) Daun bawang
b) Daun ketumbar
c) 1 biji lobak merah



Cara-cara penyediaan

1) Bersihkan ikan siakap terlebih dahulu. kemudian salut bahagian luar & dalam ikan menggunakan serbuk 'Pasti Sedap Knor'. kemudian ambil tepung jagung salut sekali lagi ikan tersebut untuk mendapatkan kerangupan selepas digoreng nanti. goreng ikan di atas api yg kecil. setelah digoreng, tos & letakkan atas pinggan.

2) Belahkan kepada 4 bahagian bawang holland/kuning. kemudian hiris tebal/ cincang kasar bawang putih serta titikkan serai. tomato dipotong dadu dlm saiz sederhana. pastikan daun limau purut dicuci terlebih dahulu dan diramas kasar menggunakan tapak tangan supaya rasa/bau daun limau purut akan cepat menurun/meresap ke dalam kuah nanti. nanas juga dipotong dadu.

3) Panaskan minyak di atas api yang sederhana kemudian tumis bawang holland bersama bawang putih, serai, daun limau purut dan cili padi. jangan tumis sampai lembik tapi cukuplah sehingga naik bau sedikit sahaja.

4) Setelah naik bau, masukkan 4 sudu besar sos thai, 4 sudu besar sos tomato, 2 sudu kecil minyak ikan serta masukkan potongan nanas ke dalam kuali. biarkan seketika dan ambil secawan air dan dicampur sekali ke dalam kuah. kacau dan biarkan seketika sehingga kuah menjadi pekat sedikit. kemudian masukkan potongan tomato juga. cuba rasa jika garam/ajinomoto diperlukan atau tidak terpulang pada citarasa anda.

5) Setelah siap, tuang kuah yang baru siap dimasak tadi ke atas ikan siakap. hias hidangan anda untuk menaikkan seri makanan menggunakan hirisan daun bawang, daun ketumbar serta potongan lobak merah.


~ SELAMAT MENCUBA! ~

Tuesday, December 17, 2013

RESEPI TERUNA - Kerabu ulam-ulaman


(NOTA - Kacang botol lebih sesuai digunakan kerana teksturnya yang rangup dan kurang rasa mentahnya. Jika menggunakan kacang panjang rasa mentahnya agak kuat. Anda juga bole menggunakan apa sahaja sayur yang rangup seperti tauge atau timun etc.

                                          (HIDANGAN UNTUK 2-4 ORANG)


BAHAN A: (ditumbuk bersama)

a) 2 biji cili merah (besar)
b) 2 sudu besar udang kering

BAHAN B (digaul bersama BAHAN A)

a) 1/2 biji kelapa parut
b) 1 ikat kacang panjang/ kacang botol etc
c) 1 biji tomato
d) 1 biji bawang besar


Cara-cara penyediaan:

1) Rendam atau basahkan udang kering supaya menjadi agak lembut kemudian tumbuk menggunakan lesung batu sehingga lumat. patah-patahkan cili merah & tumbuk bersama udang kering yang telah lumat sehingga hancur & sekata.

2) Ambil kacang panjang/kacang botol dan potong menjadi agak kecil tetapi jgn terlalu nipis supaya kerangupan dapat dikekalkan.

3) Tomato pula dipotong menjadi kiub-kiub kecil tetapi buang sedikit bahagian dalamnya yang agak lembik & berair supaya jus tomato tidak terlalu banyak di dalam campuran ulam-ulaman nti.

4) Hiris/cincang kasar bawang besar. siang tauge dgn mematahkan ekornya sedikit (kebersihan je klau malas nk buat pun xpe, hek elehhhh)

5) Akhir sekali campurkan kesemua bahan yang telah disediakan tadi dan gaul sehingga sekata. jika hendak menambah isi kelapa parut digalakkan agar rasa lemak terasa di dalam hidangan ini. jika nak bubuh lebih bahan-bahan lain anda ubahlah sendiri ikut citarasa masing-masing.



 ~ SELAMAT MENCUBA! ~