( NOTA - kenapa 4 rasa? sbb ada tambahan rasa KASIH SAYANG di dalam masakan aku. haha!! aneway, ada sesetengah orang yang menggunakan nanas yang dah siap ditinkan untuk dicampur ke dalam kuah resepi ni tapi aku prefer menggunakan nanas asal yang dipotong sendiri. jika menggunakan nanas di dalam tin, air gula nanas boleh digunakan untuk mencairkan sedikit kuah. jika tidak, guna air biasa pun memadai)
(Hidangan untuk 3-4 orang)
BAHAN A (KUAH)
a) 2-3 biji bawang holland/kuning @ bawang besar/bombay
b) 3 ulas bawang putih
c) Sebiji nanas madu @ nanas biasa (telah masak)
d) 4 helai daun limau purut
e) 2 biji tomato saiz sederhana
f) 2 batang serai
g) 5 biji cili padi merah/hijau
h) Sos thai
i) Sos tomato
j) Minyak ikan
k) Minyak masak
l) Garam
m) Ajinomoto (jika mahu)
BAHAN B (MENGGORENG)
a) Ikan siakap saiz sederhana
b) Tepung jagung
c) Pasti Sedap Knor sahaja!! (serbuk perasa)
BAHAN C (HIASAN)
a) Daun bawang
b) Daun ketumbar
c) 1 biji lobak merah
Cara-cara penyediaan
1) Bersihkan ikan siakap terlebih dahulu. kemudian salut bahagian luar & dalam ikan menggunakan serbuk 'Pasti Sedap Knor'. kemudian ambil tepung jagung salut sekali lagi ikan tersebut untuk mendapatkan kerangupan selepas digoreng nanti. goreng ikan di atas api yg kecil. setelah digoreng, tos & letakkan atas pinggan.
2) Belahkan kepada 4 bahagian bawang holland/kuning. kemudian hiris tebal/ cincang kasar bawang putih serta titikkan serai. tomato dipotong dadu dlm saiz sederhana. pastikan daun limau purut dicuci terlebih dahulu dan diramas kasar menggunakan tapak tangan supaya rasa/bau daun limau purut akan cepat menurun/meresap ke dalam kuah nanti. nanas juga dipotong dadu.
3) Panaskan minyak di atas api yang sederhana kemudian tumis bawang holland bersama bawang putih, serai, daun limau purut dan cili padi. jangan tumis sampai lembik tapi cukuplah sehingga naik bau sedikit sahaja.
4) Setelah naik bau, masukkan 4 sudu besar sos thai, 4 sudu besar sos tomato, 2 sudu kecil minyak ikan serta masukkan potongan nanas ke dalam kuali. biarkan seketika dan ambil secawan air dan dicampur sekali ke dalam kuah. kacau dan biarkan seketika sehingga kuah menjadi pekat sedikit. kemudian masukkan potongan tomato juga. cuba rasa jika garam/ajinomoto diperlukan atau tidak terpulang pada citarasa anda.
5) Setelah siap, tuang kuah yang baru siap dimasak tadi ke atas ikan siakap. hias hidangan anda untuk menaikkan seri makanan menggunakan hirisan daun bawang, daun ketumbar serta potongan lobak merah.
~ SELAMAT MENCUBA! ~
No comments:
Post a Comment