(NOTA - Kacang botol lebih sesuai digunakan kerana teksturnya yang rangup dan kurang rasa mentahnya. Jika menggunakan kacang panjang rasa mentahnya agak kuat. Anda juga bole menggunakan apa sahaja sayur yang rangup seperti tauge atau timun etc.
(HIDANGAN UNTUK 2-4 ORANG)
a) 2 biji cili merah (besar)
b) 2 sudu besar udang kering
BAHAN B (digaul bersama BAHAN A)
a) 1/2 biji kelapa parut
b) 1 ikat kacang panjang/ kacang botol etc
c) 1 biji tomato
d) 1 biji bawang besar
Cara-cara penyediaan:
1) Rendam atau basahkan udang kering supaya menjadi agak lembut kemudian tumbuk menggunakan lesung batu sehingga lumat. patah-patahkan cili merah & tumbuk bersama udang kering yang telah lumat sehingga hancur & sekata.
2) Ambil kacang panjang/kacang botol dan potong menjadi agak kecil tetapi jgn terlalu nipis supaya kerangupan dapat dikekalkan.
3) Tomato pula dipotong menjadi kiub-kiub kecil tetapi buang sedikit bahagian dalamnya yang agak lembik & berair supaya jus tomato tidak terlalu banyak di dalam campuran ulam-ulaman nti.
4) Hiris/cincang kasar bawang besar. siang tauge dgn mematahkan ekornya sedikit (kebersihan je klau malas nk buat pun xpe, hek elehhhh)
5) Akhir sekali campurkan kesemua bahan yang telah disediakan tadi dan gaul sehingga sekata. jika hendak menambah isi kelapa parut digalakkan agar rasa lemak terasa di dalam hidangan ini. jika nak bubuh lebih bahan-bahan lain anda ubahlah sendiri ikut citarasa masing-masing.
~ SELAMAT MENCUBA! ~
I loikeeeee
ReplyDeletehaha..TQ & selamat mencuba klau rajin..
ReplyDelete