PES MEE BANDUNG MAK PON

PES MEE BANDUNG MAK PON

Saturday, December 21, 2013

10 fakta unik tentang The Hobbits


Assalamualaikum, patotnya entri ni di-post after entri aku REVIEW The Hobbit - The Desolation of Smaug tapi lupa nak post plak bhai. haha. tua dah aku ni. sedih!! Maybe some of the info korang dah tau tapi i don't care nak share jugak. hehe


1) Yak

Korang tau x apakejadahnya Yak tu? tadaaaaaaa..


Korang tau x wigs (rambut palsu) yang dipakai oleh watak-watak Dwarves sebenarnya diperbuat dari bulus-bulus si Yak ni. Tapi bukan semua Dwarves guna bebulus Yak ni. Watak Thorin Oakenshield son of Thrain sahaja yang menggunakan rerambut asli. Selalunya rambut perempuan yang jadi mangsa bila nak buat wigs ni sbb rambut diaorg panjang. klau lelaki tang bulus ketiak je lebat dan juga bulus.............. hahahahahahaha!! Tak la sebenarnya jambang watak Thorin tu mmg ori yang tumbuh secara semulajadi kat muka Richard Armitage.

(Kalau citer Hindustan aset plg berharga ialah 
bulus-bulus hitam lebat yang tumbuh bergulung2 di dada. yeuwww!!)


2) Kapak

Eh, apesal tetiba pasal kapak ni? klau korang tgk betul2 gamba watak Bifur ni apa yg korang nampak?


Ada kapak tersangkut kat dahi dia! kaw hadooo?!! Watak ni mmg wujud dlm karakter asal J.R.R. Tolkien cuma kapak tu ditambah oleh director Peter Jackson. xde keje letew..



3) J.R.R. Tolkien tak minat cipta watak perempuan?!!

Korang perasan x dlm movie The Hobbit tak banyak watak wanita? Karya asal written by J.R.R. Tolkien ni mmg xde watak wanita KECUALI ada disebut pasal mak kepada Bilbo Baggins iaitu Belladonna Took. Dah nama pun director so Peter Jackson ni cipta 1 lagi watak wanita baru bernama Tauriel selain salah satu watak wanita dlm LOTR (Lord of The Ring) yang dikembalikan dlm movie The Hobbit ni iaitu Galadriel.






4) Digitally botox

Dalam 1st movie The Hobbit - The Unexpected Journey ada cameo oleh Elijah Wood yang membawa watak Frodo Baggins kan? Klau korang nak tau 1st appearance Elijah Wood dlm LOTR adalah 12 tahun lbh muda berbanding skrang. Dah 12 tahun berlalu so muka pun dh jadi macho xde lg rupa hadeq2 mcm dulu2 tu. So post-production team terpaksa softened his face digitally (ala2 cocok botox secara computer edit) supaya Elijah Wood nampak lbh muda daripada usia sebenar.



5) Emas

Sape yang dh tgk The Hobbit mst xtahan nafsu tamak tgk ruang simpanan stok emas kat Erebor tu kan? Alaaa kat tempat naga tu stay atas timbunan emas yang melimpah ruah tu. Semua objek dlm bilik simpanan emas tu dicat menggunakan warna emas tulen yang diimport khas dari New Zealand tapi sbb terlampau banyak objek yang nk kena cat so smpi terpaksa mintak cat emas tu kat Germany pulak. 





6) Cameo by Peter Jackson

Dah duduk atas kerusi pengarah The Hobbit nak jugakkkk Peter Jackson ni buat cameo dlm movie ni. Mostly penonton xperasan termasuklah aku sendiri tapi bila tgk betul2 baru perasan tu mmg Peter Jackson. hehe!!



7) Suka jugak rupa-rupanya

Well, seperti yang kita tau keluarga Tolkien bukanlah biggest fan hasil buah tangan Peter Jackson ni KECUALI cicit kepada J.R.R. Tolkein iaitu Royd Tolkien yang mengatakan movie hasil karya PJ "stunningly amazing". Ok la tu. yang tak suka tu cuba try sendiri buat movie mcm ni. reti?!!

(Royd Tolkien)



8) Bila tak minat dgn cincin dia jadi pengarah pulak dah

Bila watak Gollum takde langsung dlm second installation of The Hobbit, pengarah Peter Jackson meminta pelakon watak Gollum, Andy Serkis to be his second unit director. fuyoooo bila cincin dh kena rembat oleh Bilbo Baggins terus jadi pengarah bersama eh? huntong lerrrrr.




9) J.R.R. Tolkein benci Disney

Seperti yang kita tau mostly cerita keluaran Disney penuh dgn dunia fantasi & imaginasi bagai kan? tapi J.R.R. Tolkien menegaskan after dia jual hakcipta novel ni, dia demand dalam apa jua cara sekalipun Walt Disney Company tidak bole mengadaptasi novel hasil nukilan dia ni. Obvious sgt yang ko xsuka En. Walt Disney wahai En. Tolkien oiiii. ishk2!!

(J.R.R. Tolkien)


10) Kos yang tersangat mahal

Korang tau x kos penghasilan 2 movie terawal The Hobbit setakat ni sahaja telah melebihi jumlah kos keseluruhan ketiga-tiga movie Lord of The Ring (LOTR). WOW!! tapi mat saleh ni apa kisah. Kos melambung camner pun tetap pulang modal so who cares bout the cost? Hello I do, eh tetiba. haha!!



Ok la, dh lewat kol 3 pagi dah ni. mata aku pun dh terkebil2 mengantok tahap dewa dah ni. C u later guys!!

No comments:

Post a Comment