PES MEE BANDUNG MAK PON

PES MEE BANDUNG MAK PON

Saturday, November 23, 2013

30 minit di balai polis

Assalamualaikum, baru arini aku bole update entri baru sbb UniFi kena bar seminggu hahahahahaha!! biasa la ujung2 bulan ni sengkek nk bayor bil tertunggak bhai!! haha. So lewat ptg td gigih pergi TM Point kat Cyberjaya nk bayor bil, tadaaaaaa aku kembali online!! ehem ehem, sebelum tu aku ada g balai polis kat Presint 11 kejap. Bukan sbb nk report aku diROGOL atau diCABUL atau diNODA atau diLI**T whatsoever tp sbb nk buat report kehilangan pas keje je..hek eleh? tu pun nk update? xnk baca sudah..eh jgn ler, baca la ckit..ada citer masa kat balai polis tu. Camni al-kisahnya..

Memula just niat nk pergi kawasan kejiranan Presint 11 sbb nk g top up stok air kat umah aku guna mesin air Dr. Sukida tu. Aku ni jenis xsuka masak air paip kat umah so lbh rela amik air yg ditapis tu. Alang2 nk g situ baru teringat nk buat report polis sbb hilang pas keje aku. Smpi sana park kete dulu..

(Ni la kete bertuah la sgt yg berasap tgh jalan.
 abes duit RM557.72 bayor kat PERODUA smlm!!)

Masa otw ke post guard ada sorang abam polis ni tegur, (nama dia mcm mendiang ikon Rock & Roll - Elvis Presley!! tapi bukan Elvis la..just Presley je..pewittttt nama nk meletop!! haha..


"Nak kemana encik?"
"Nak buat report la abg" 
"Sy perlukan lesen memandu. Ni pas keselamatan pastu masuk situ then terus je"
"Tima kaseh abg"

So, ktorg menjajau la cari celah bedah mana la pintu masuk ni. Nunnnnnnn jauh ketendang pintu masuk bhai. Suram je rasa..erk?!!




Takde org lain dlm balai polis tu kecuali 2 org pegawai polis kat kaunter. 1st time jejak kaki dlm balai polis terrrrrsgt la blur nk buat apa bhai. Kena amik no. giliran dulu ke? Duduk terus ke? or tulis apa2 dlm buku ke? Seriously i don't know wahhhhh speaking ckit. 




"Ya, encik bole saya bantu?"
"Nak buat report la abg..camner ek?"
"Bole tgu sekejap? nti sy paggil encik blk"
"Bole2 xde hal. xde benda sy nk kejar pun..ok je"

Masa tu ada makcik mana ntah tgh buat report jgk. Ternampak la report dia. Perghhhh mak datokkkkkkk panjang berjela-jela laporan polis makcik tu bhai. Buat essay SPM ke aper makcik ni? hehe..

(Kemain melentik lg makcik tu duduk atas kerusi. 
syok sgt eh wat essay dlm report tu? haha)

Turn ktorg lak after 15 min menunggu. Abam polis Naim yg entertain ktorg masa tu.

"Ya encik, nk buat report apa ya?"
"Ha'ah la abg. kena buat report sbb nk buat pas keje baru nti"
"Ok, bole je. sy perlukan IC encik dulu"
"Nah abg"

Ada ler perbualan mukadimah antara aku & abam polis tu. Pastu mula la polis tu tanya sambil taip report dlm PC bila agak2 tarikh pas hilang, kat mana agak2 nyer last nmpk pas keje aku tu bla bla bla tapi yg xley tahan nyer tu abam polis tu amik masa 10 minit nk karang satu baris ayat je..haha!! lom masuk baris ke-2 lg..letih den tgu abam polis oiiii. 



Last2 dia give-up nk karang report tu..haha!!

"Erk encik,ermmm baik encik je karang report ni"
"Tu la, rasa nyer camtu la kot..haha"
 (siap angkat monitor PC tu letak atas meja kaunter soh aku taip laporan sendiri..haha!!)

Selepas 10 minit - 

"Ermmm abg, sy pun xreti la nk karang apa ni. blur la pulak. camner ni ek?"
(dalam hati aku, apesal la bengap sgt aku dan dan ni? essay BM SPM dpt A1, tp lem lem jgk tetiba)

"Laaaaaa xpela meh sini sy taip lak"
"Sori abg, otak tepu lak tetiba..blur"

So, dia karang la ayat report aku tu ikut hawa nafsu abam tu sendiri..nk tgk apa dia tulis?



Soooooo settle la 1st time aku wat report polis semata-mata nk buat pas keje baru je nti. hek eleh?!! ok la, TQ sbb gigih scroll entri ni smpi abes. See u later guys!!

No comments:

Post a Comment