Assalamualaikum, entri hari ni agak panjang berjela ckit berbanding entri PART 1 & PART 2. Berdoa la mata korang xjuling pasni. So sambung entri baru arini kisah di Kota Mekah. After 3 hari berada di Madinah ktorg dh get ready nk masuk Mekah. So sblm tu pak ngah aku ada ajar cara nk pakai kain ihram. Kang salah pki bole OPSSSSSSS.............. terlondeh :'(
Lama jgk la perjalanan menaiki bus nk ke Mekah tu. Tak selesa sgt sbb dah berjam-jam duduk dlm bus smpi naik kematu punggung dah ler pki kain ihram plak tu..hehe
Bkn apa bila dh niat ihram umrah semua pantang larang kena jaga. nak garu kepala pun takot ok..haha!! 1st timer mcm aku ni kan skema. Sanggup bhai xnk mkn, xnk minum takot nk terrrrrrrr erk erk..paham2 sudah..hehe. bkn apa takot kain ihram kita terkena najis. 1st time pki kain ihram mmg kekok. Yela segala jenis kain yg berjahit xbole pki termasuklah SELUAR DALAM!! i'm free baby..hehehehehehehe!!
Dah berjam-jam dlm bus so akhirnya smpi la ke Tanah Haram Mekah. ktorg letak beg kat lobi hotel dulu & mutawwif bg arahan berkumpul & bertolak ke Masjidil Haram dgn berjalan kaki. Akhirnya live dpn mata tgk masjid plg mulia di dunia yg tersergam indah. Lom lagi part leleh air mata sbb lom nmpk Kaabah so tahan dulu..hehe dan akhirnya............huwaaaaa :'(
(leleh air mata bhai sbb masa ni la aku nmpk binaan Kaabah live depan pertama kali dlm hidup!!)
Mutawwif ajak ktorg berkumpul & jalan dalam satu kumpulan. Uztaz dh pesan awal2 klau terpisah JANGAN cari group or org lain sbb nti niat kita berubah. elok2 nk niat tawaf terus niat nk cari org pulak so just go on je tawaf sebnyk 7 kali. klau sape2 yg settle tawaf dulu (sbb terpisah etc) tgu kat penjuru masjid so sng nk cari klau tersesat etc. settle tawaf ktorg bergerak menuju ke kawasan utk berSa'ie. bagi aku antara tawaf & sa'ie, melakukan ibadah sa'ie lbh mencabar sbb perjalanan pergi & blk dari Bukit Safa ke Bukit Marwah bkn nyer dekat plus dlm keadaan berasak-asak dgn org rmi & rasa panas sbb haba badan dari ribuan jemaah umrah yg lain.
Ingatkan selama ni kena berlari2 anak sepanjang berSa'ie tu rupa2 nyer bila kita (lelaki sahaja) hanya berlari2 anak sewaktu melintasi kawasan lampu berwarna hijau di atas siling. Itu tanda/ sempadan org lelaki mst berlari2 anak. Tapi ada je jemaah lain yg bkn setakat berlari2 anak je tapi dh tahap lumba pecut atas trek ala-ala Watson Nyambek..hek eleh??? Ulang-alik dr Safa ke Marwah sebnyk 7 kali mmg mencabar. tapi bole benti jap minum air zamzam yg disediakan kat tepi2. glup glup glup arghhhhh sedap!! segar bijik tekak aku..settle bersa'ie bole la bertahalul (mencukur rambut at least 3 helai dh memadai).
Selama di Mekah kami dibawa melawat bnyk tmpt2 bersejarah. mmg semua pertama kali so tahap jakun mmg membuak2 dlm diri ni..haha
1) Mendaki & melawat Gua Hira'
(Tempat Nabi Muhmmad mendapat wahyu yg pertama melalui perantaraan Malaikat Jibrail)
(pemandangan Kota Mekah di waktu mlm dari puncak Gua Hira')
(ini la haiwan yg disembelih ketika peristiwa antara Nabi Ibrahim & Nabi Ismail
iaitu Kibas - jumpa kibas ni kat atas bukit masa tgh mendaki otw ke puncak)
(jgn terkejut kat puncak Gua Hira' ada warong kopi bhai..hahahahahaha!! ustaz belanja ktorg minum hilangkan dahaga)
2) Melawat kawasan ternakan unta
(Bole beli susu unta dgn harga 5 Riyal sebotol, jual air kencing unta pun ada tapi mazhab kita xbole la nk minum air kecing unta. tapi mazhab lain ada yg dibolehkan)
3) Melawat perkuburan Ma'la
(gamba atas kubur milik isteri pertama Nabi Muhammad, Siti Khadijah (petak luas ckit) &
anak Baginda, Kassim (di penjuru dlm petak yg lbh kecil).
gamba bawah di bawah pohon renek itu tersemadi kubur Abu Talib & Abdul Mutalib)
4) Melawat & berMiqat di Bir Ali.
6) Melawat & berMiqat di Masjid asal & baru Hudaibiyah
(Masjid Hudaibiyah yang baru)
(Inilah sisa runtuhan masjid asal dimana Nabi Muhammad
menandatangani Perjanjian Hudaibiyah)
7) Melawat Jabal Al-Rahmah (Al- Rahmah Mountain)
8) Singgah makan di restoran nasi unta.
9) Bersolat & tawaf di dalam Masjidil Haram
10) Melihat sisa tinggalan Bukit Safa di tempat para jemaah bersa'ie
Sebelum entri panjang gler ni abes, aku nk share ckit beberapa keping gamba lg..hehe..gigih bhai
(Ni la tempat laluan saban hari aku dari hotel ke masjid &
dari masjid melencong singgah kedai beli aiskrim pak arab sblm smpi hotel..hehe)
(Inilah kawasan perkhemahan para jemaah haji di Wadi Mina)
(Singgah jap isi minyak. "lawa" kan stesen minyak kat Mekah? hehe)
(Tinggi gler menara jam ni. betul2 bersebelahan dgn Masjidil Haram)
(Ada 3 tingkat tmpt pejalan kaki untuk para jemaah melakukan ibadah Sa'ie)
(sempat snap pic Masjid Al-Qiblatain - Masjid Dua Kiblat)
(Keindahan luar & dalam Masjidil Haram - super AWESOME!!)
(Klau ada singgah ke kawasan perkuburan Ma'la carilah kubur
di petak No.99 - milik Abdul Rahman bin Auf)
(posing ngan mutawwif rombongan umrah ktorg..pekat loghat Kedah dia naaaaaaaaa..hehe)
(KFC spicy chicken kat sana xbrape sedap sgt tp dh ngidam KFC so bedal jgk..ermmmmm)
(Beli senaskah Al-Quran original made from Madinah - eh bukan tgh citer kat Mekah ke ni? haha)
(Stok air zam-zam setiap seorg jemaah rombongan umrah kami nk angkut bawak blk Malaysia)
(Lapangan Terbang Jeddah)
Selama ktorg berada di sana bnyk pahit manis yg jadi tapi biarlah ia menjadi rahsia rombongan umrah kami..hehe!! nk rasa pergi la nti jika ada rezeki & diizinkan Allah..In Sha Allah. Selama 2 mgu kami berada di Tanah Arab maka tibalah masa utk pulang ke tanah air. Sedih mmg xbole nk ckp sbb nk ucap selamat tinggal. kita ni manusia bila2 je bole meninggal dunia kan? Maybe ada rezeki bole la dtg ke Tanah Haram Mekah lg & maybe itulah kali terakhir kita jejak kaki ke sana. TQ sbb sabar scroll smpi abes entri ni..hehe!!
wow .. seronoknye ..
ReplyDeletemeh singgah blog sy --> http://www.nieynasakinahza.my/
Mmg best..InsyaAllah nti i blogwalking kat blog u k..TQ sbb singgah sini
ReplyDelete